Kadang kita lebih kenal diri kita bila sendiri.. :)

Pages

Tuesday, January 20, 2009

Drama Percintaan Budak Sains Tulen~ Gila2

Drama Percintaan Budak Sains Tulen... Assalamualaikum.. ni ada 1 cerita menarik yang saya mau kongsi.. luculah.. hehehe..
Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah ‘random’ yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku : Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Kau : Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya. 


Kau : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Kau : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?

Aku : Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Kau : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.


Aku : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Kau : Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6×10'23.

Kau : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Kau : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian…

 Khas buat budak2 yang ambil Sains Tulen 2009.. huahahahaha.. jangan kamurang jadi begini arr.. do apply BIo in daily life.. tapi jgn luannnn hantap arr.. hehehehe... Soba² jak laaa.. ehehehe.. Hope u guys enjoy crita lawak gila2 ni..

1 comment:

  1. aishh. semmat ni. trus teringat2 zaman sekolah. [macam seja tua betul ni] :)

    ReplyDelete

Pieka2 nda makan orgggg~ makan ayam ja~ silalah KOMEN k~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...