Kadang kita lebih kenal diri kita bila sendiri.. :)

Pages

Sunday, February 1, 2009

Secebis Nota Ungu NEW

Secebis nota ungu kusisipkan kedalam diariku. Dengan gahnya aku melangkah ke dewan kuliah. Aku betul-betul bersemangat waja. Membara macam api mamak dkat cafe. Laparnya! Aku tersenyum menahan keroncong perut yang sejak tadi test power lagu Micheal Jackson, Beat It. Aku terlihat rakan-rakan seceluparku menanti dihadapan pintu dewan. Ain tetap dengan selamba mesin rumput memakai baju kurung kegemarannya. Setahu aku dia hanya ada 5 baju kurung. Cukup2 kitar semula untuk seminggu. Saat aku gagah bak sumo yang sedang mencari sumo untuk berlaga, kakiku tersadung sesuatu dan jatuhlah sumo itu. Aihh, apa aku merepek ni. Maksudnya aku jatuh tersungkur. Nak retak kepala lutut merasa simen cap ayam driving yang keras diluar dewan ni. Puas aku memaki hamun tuan empunya kasut yang telah membuat aku malu mengalahkan pokok semalu ini. Namun dia hanya diam tanpa reaksi. Aku terkedu, peliknya!. Baru aku sedar sejak tadi aku memaki didalam hati. Aku berpaling melihat sekujur tubuh yang berusaha mengutip buku-buku milikku. Aku tidak terus memerhatikannya kerana ketebalan rasa maluku yang teramat sangat seperti yellow pages. Aku mencapai buku-bukuku tanpa memperdulikan kata maaf darinya. Aku sempat memandang anak mata hitam pekat itu namun segera beredar apabila menyedari ada seyuman terukir dibibirnya. Nak kena maki lagi mamat tiga setengah suku ni? Dah la buat aku mcm stunt girl. Pagi-pagi buta buat dosa. Aku apa kurangnya. Aku berlalu memboloskan diri kedalam dewan seperti lipas kudung. Munirah tergelak melihat aku seperti ingin mengunyah kasut saiz enamku yang sudah setahun tidak berbasuh. Aku duduk disebelah Ain seperti selalu. Ain tersenyum simpul. Apa hal minah ni? Aku handsome sangat ka harini? Ada tak macam Bread Tersepit? Setelah beberapa minit kuliah bermula aku juga memulakan pelayaran membuat peta borneo. “ Hoi Fiqah, ko mintak antara dua, nak penyepak penuh kasih sayang, atau penampar penuh cinta? Tak boleh ke sehari kau tak tidur? Aku tak semangatlah belajar.” Ain berseloroh. Pagi-pagi dah macam murai tercabut ekor. Petang-petang ntah nak jadi ayam sabung agaknya. “Ain, kau pernah rasa penangan hempasan rindu smpai gigi bertabur tak? Aku tidur ni sebab kau la ajak aku usha mamat cool tu sampai tak tidur semalam. Padahal bukan apa pun. Ko usha gambar jek dah bagi aku bergadang 1 malam mcm burung hantu. Ni kau nak merajuk-rajuk pulak.” Balasku dengan penuh tidak bertenaga. Aku menguap beberapa kali. Wajah Ain mencuka. Aku menyambung kuliah tidurku dengan penuh khusyuk. Tiba-tiba bahuku digoncang lembut. Aku hanya diam melayani mimpi-mimpi indah. Semakin lama goncangan itu semakin kuat. Aku terbangun. Aku memeluk lengan empuk Ain seperti selalu. Mak Aihh, Apa pasal keras macam rim tayar buldozer tangan budak ni. Ni sah makan steroid atau pil kudalah Ain ni. Aku menggosok-gosok mataku yang kabur. Aku terlihat Ain tersenyum dihadapanku menampakkan sebaris gigi yang membuatku geram seperti ingin melempang. Kejam juga aku ya. Semakin lama aku melihat Ain semakin aku tersedar. Kalaulah Ain dihadapanku, maka siapalah makhluk tuhan yang makan steroid atau pil kuda disebelahku? Kerana terlalu takut perlahan-lahan aku melepaskan pelukan dan menjauh. Malu dengan sikapku. Aih tau pulak aku malu. Walaupun sedemikian, lengannya mempunyai aroma yang menyenangkan. Aku kenal dengan bauan ini. Pantas mindaku ligat mencari secebis memori yang hilang. “Muka comel tapi sayang liur mcm lautan mati” Suara jantan itu cukup membakar hatiku. Aku berpaling kearahnya. Baru sekejap aku nak ‘fall in love’ dia dah potong line. Ini yang buat aku geram. “Oitt datuk ngok ngek kepala kontot hidung kemek, baru harini belaaaa…..” Kata-kataku terhenti saat melihat seiras wajah yang sungguh kukenali. Seiras wajah yang kurindui. Aku terkaku, dan terdiam tidak mempertahankan diri seperti selalu. Baru sahaja aku si makhluk halus ini ingin membuka silat chopstick ajaran sesatku. Fakhran tersenyum memandangku. Aku yang sejak dulu seganas harimau janda beranak 5 ini terdiam malu. Aku berusaha untuk tidak menatap anak matanya dengan lagak-lagak segan nak idup, mati tak mau. Minta jauhhh. “ Dari dulu lagi tak habis-habis panggil aku datuk aa? Sejak bila kawin dgn nenek ko hah?” suara garau itu menyapaku diluar dewan. Mahu sahaja aku menghadiahkan lastik cara Siam ke muka batunya seperti yang sering kulakukan ketika berada di sekolah menengah. Geram. Sungguh, aku geram. “ Fuhh, rekod negara ni si Fiqah diam depan lelaki. Kira ‘vogue kuasa dua’ gitu.” Ada suara yang menempah maut dibelakangku. Rupa-rupanya rakanku yang ayu rupawan yang menegurku. Azyan berjalan kearahku dengan penuh lentok tak ubah seperti Mariah Carey yang kurang care.Lelaki ini entah bila hendak berubah. Aku terasa malas melayan dua jantan yang berada disisiku. Tiba-tiba lenganku disentap lembut. Aku cuba melepaskan genggaman yang mengalirkan arus elektrik. Sah-sah tak dapat sebab aku tak mencuba sepenuhnya pun. Orang cakap usaha tangga kejayaan. Ni tak usahapun, dah tak berjaya biar jelah, dah takdir tuhan kononnya. Aku berpaling. Fakhran menghulurkan secebis nota ungu. Aku tersenyum simpul seperti gadis yang sedang dipinang. Aku demam agaknya hari ini. Aku mencapai nota ungu itu. Kenangan lalu ligat mencari-cari memori lalu yang agak lama telah kutinggalkan. ‘Selagi nota ini ada ditangan awak, awak milik saya – AF’ aku memandang ayat yang kutulis 5 tahun lalu. Kertasnya masih elok dan tidak pernah pudar. Sama seperti perasaanku terhadap makluk tuhan yang makan steroid ini. Nama Aizul Fakhran tidak pernah luntur walaupun direndam di dalam Clorox. Tidak mahu kalah dalam permainan ini aku mengeluarkan diari dari beg sandangku. Mencari-cari secebis nota yang pernah dihadiahi Fakhran kepadaku. Beratus-ratus kali aku membelek diariku. Namun nota itu tak kutemui. Aku memandang Fakhran. Ada riak kecewa disebalik senyumannya. Setelah berkali-kali memohon maaf daripada jejaka berdarah merah itu seperti seorang pendatang asing di musim pengampunan, dia menghantarku pulang. Surelah dia darah merah. Takkan dia Mahsuri pulak. Ehh, mungkin juga sebab tgn keras mcm besi. Otak separuh jalanku berimaginasi. Aku berjalan kearah si beradik kembar lain mak lain bapa, Munirah dan Lina dengan penuh rasa kesal. Kesal kerana mereka tidak mengajakku melahap Ferrero Rocher. Fikiranku mulai bertukar ke mode nakal. Dengan wajah penuh hampa yang maskulin aku mencapai beberapa biji coklat itu dan terus menyumbatkan ke dalam mulut. Sedapnya! Dua manusia itu terkedu dan aku makan dengan bangganya. Aku berjalan kearah katilku dengan muka ala-ala kera borneo. Tiba-tiba tekakku terasa tersumbat. Seperti ada sesuatu yang menghalang laluan highway tekakku. Ada roadblock agaknya. Aku cemas. Tolong! Tolong! Ain menyergahku dari belakang membuatkan seketul batu coklat tersembur dari mulutku. “Ni sure kes tak baca Bismillah terus main ngapppp makanan org.” Ain menepuk-nepuk lembut. Sayang juga minah ni dengan aku. Sampai dia blh detect aku tak baca Bismillah. Aku tersenyum. Sama pula gaya Ain ni dengan Ibu. Aku tergelak apabila terkenangkan peristiwa ibu dengan semangat kesukanan mengejar aku kerana mencuri ayam jiran atas alasan kebulur nak makan KFC. Akhirnya aku dirotan dan diberi Maggi ayam sebagai pujukan. Asalkan ada ‘ayam’ sudahlahh. “Bukanlah, tu tersekat sebab aku punya leher boikot American food. Tiap kali nak telan teringat budak-budak baya kita dekat Gaza.” Ucapku setelah melesapkan 4 biji coklat yang dihasilkan oleh Pietro Ferrero pada tahun 1946, sebelum kehadiran si tembam ini. Ain memandangku dengan reaksi tuyu-tuyu penyunya. “Yalah tu, da 4 masuk perut baru terasa insaf. Fiqah, ni kali kelima puluh enam kau kelentong aku hidup2. Kalau aku mati entah brapa kali lagilah aku nak kira, tapi kan dah mati macam mana nak kira.” Ain melayani babak-babak sedih dengan muncung2 bibirnya yang bagiku sudah layak dibuat penyangkut hanger baju. Tiba-tiba dia menghulurkan sekeping gambar. Gambar siapa jika bukan budak cool, dan ini sudah kali ke 24 dia menunjukkan gambar yang sama. Ain duduk termangu bagai melukut di tepi gantang di tepi katilku. Tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan berteriak. “Pontianak meraung di pawagam ka?” Kataku di dalam hati. Bulu romaku kembang semacam. Sudahlah aku tertinggal solat subuh harini. Berkali-kali aku beristighfar dan berzikir dengan penuh khusyuk dan perasaan yang dalam. Tiba-tiba sesuatu terjatuh betul-betul diatas kepalaku. Seakan-akan ada kuku tajam yang mergerak menelusuri rambutku. Badanku kaku dan otakku berimaginasi. Aku membayangkan ada pontianak yang ingin menggaru kepalaku. Mungkin sebab rambutku lurus. Pakai kuku pun blh. Hisshhh. Aku terkejut dan tidak semena-mena aku histeria dan melompat-lompat seperti budak2 makan terlebih gula. Aku berlari keliling bilik sambil berteriak ketakutan. Ain yang agak terkejut dengan jeritanku melatah dan turut sama mengikutiku berlari-lari serupa macam merentas desa. Peluh membasahi tubuhku. Terasa seperti baru sahaja direndam di dalam tasik dihadapan tanjung harapan. Tiba-tiba kakiku tersadung meja belajarku dan sekali lagi buat hari ini aku jatuh tersembam. Namun aku tersenyum sendirian kerana aku aku sedar akan perbuatanku ala-ala monyet hilang anak tidak bertempat. Rakan sebilikku mentertawakan aku. Dan aku hanya tersenyum memandang muka mereka. Ain yang turut sama melatah mencubit pehaku kerana menyebabkan khayalannya terbantut. Aihh~ salah aku ka? Aku berlari-lari anak mendapatkan rakan-rakanku yang sudah jauh meninggalkan aku untuk ke café yang terletak di blok lelaki. Aku sungguh berat hati ingin mengunjungi penjara berantai itu kerana perangai lelakinya yang agak kurang kain. Bukan perempuan saja yang kurang kain sekarang ni malah kaum adam juga begitu. Bukan setakat papan yang mereka jaja di cafe itu. Kini playwood pun jadi jadi tayangan. Tengah hari yang indah itu, sedang elok aku berjalan-jalan sambil mengawal keayuan sejati meninjau café lelaki yang agak menggerunkan itu, barulah aku tersedar beg dompetku tertinggal di dalam laci. Arrhhh. Aku stress. Hatiku berteriak dan mengaum kalah singa betina datang bulan. Perutku pula sedang mangalami ujibakat Malaysian Idol. Aku resah, gelisah, basah dan semua jenis sah. Aku duduk disamping rakan-rakanku. “ Haaa, Fiqah kau diet seimbang ka hari ni? Mentang-mentang dah jumpa Cik Abg Steroid la katakan.” Munirah bertanya dengan mulutnya yang penuh disumbat dengan nasi. Kalau ikutkan hati bukan setakat nasi, degan beras sekaligus dengan hampas-padi kusumbat kedalam mulut minah seorang ni. “ Beg dompet aku tuuuuuu dalam tuuuu…” kataku sambil menunding jari kearah blok asrama perempuan. Tanpa dipinta, rakan-rakanku menghulurkan duit masing-masing. Wahhh ! aku kaya. Aku tersenyum dan aku bersyukur kerana mendapat kawan yang berhati dan berperut walaupun agak mereng semuanya. Dengan kegirangan yang mencecah tahap maksimum aku melangkah kearah kaunter untuk memesan makanan. Saat bahagiaku tercemar apabila aku terlanggar bahu sesorang dan menyebabkan makanannya tertumpah. Apalah malang sungguh nasib aku ni. Asyik-asyik terlanggar itu ini. Aku tak pernah langgar org. Nak bawa kereta pun terkial-kial tak tahu mana satu pedal brek mana satu pedal minyak ni lagi nak langgar orang. Tak kuasa aku. “ Ni kes tiada mata ka? Mata dah empat lepas ni pakai kanta pembesar biar serupa mak gajah.” Aku yang baru sahaja ingin insaf akan kesalahanku naik berang. Aku menatap wajah dihadapanku dengan wajah yang menyinga, mengharimau, mengcheetah semua ada. Namun aku diam. Tidak mahu menambah dosa kerana sudah mengutuknya berkali-kali di dalam hati. “ Dah langgar orang diam pulak. Dah mereng? Tak kira, awak kena belikan balik makanan saya.” Katanya lantang. Sepasang telingaku berdepan dengan bebelan yang pada akhirnya boleh menyebabkan kanser telinga. Aku cuba menenangkan diri. “ Saya tak suruh awak kira punnnnn… Sorilah, Mak gajah tu awak bukan saya anddd saya rasa awak lebih perlukan kanta pembesar tu sebab dah cukup-cukup sifat mcm ni tapi tak tahu nak bezakan manusia dengan gajah.” aku terus berlalu pergi ke kaunter untuk memesan makanan dan meninggalkan dia berdiri seperti tugu Negara. Sedap pula gelaran dia “tugu Negara”. Padan mukanya. Rasakan penangan spesis tak berekor ni. Firdaus melangkah longlai tak ubah seperti bangkai berjalan kearah katilnya. Perutnya terasa lapar. Jika tidak kerana si ‘Kanta Pembesar’ yang tuyu mengalahkan katak puru itu sudah tentu nasi berlaukkan sayur kangkung tumis dan ayam masak kicap kegemarannya sudah menjadi habuan ratahannya. Apalah nasib badan. Daripada melayani perut, Firdaus membuat keputusan untuk keluar bersiar-siar d koridor biliknya. Dari situ kelihatan sekumpulan gadis yang ditemuinya sebentar tadi. Setelah beberapa kali melakukan imbasan xray dari atas ke bawah barulah dia sedar kehadiran “Kanta Pembesar” diantara gadis-gadis tersebut. Otaknya ligat memikirkan idea bernas. Firdaus masuk kedalam biliknya. Tangannya mencapai sesuatu dari begnya. Suatu benda yang menjadi simpanannya sejak kecil. Tanpa berfikir panjang dia mencapai pemadam diatas mejanya. Tembakannya tidak pernah tersasar. Kerana rasa sakit hati yang mendalam ditambah dengan keroncong perutnya Firdaus nekad menggunakan taktik ala-ala kampungnya. Getah ditarik dan lastiknya dihalakan kearah sasaran. Kemudian getah dilepaskan. Pemadam yang tidak bersalah menjadi mengsa. Seperti selalu, sasarannya sentiasa tepat. kepala si “Kanta Pembesar” menjadi mangsa. Kedengarangn suara seseorang mengaduh. Firdaus ketawa dengan kuatnya. Sekarang dia berpuas hati. Kanta Pembesar a.k.a katak puru sudah menerima balasan. “ Aduhhh apa ke benda alah yang sengat aku niiii”. Perjalanan ingin pulang keasrama terbantut. Kepalaku terasa kaku dan beku tak ubah seperti bata simen bukan bata jenama kasut. Aku mengaduh kesakitan namun teman-temanku hanya menganggap ini gurauanku. Ini bukan cobaan ini kenyataan. Sakitnyaaaa! Aku merungut di dalam hati Aku melihat sekeliling. Kemudian aku terjumpa benda putih. Aku mencapainya. PEMADAMM..!!. Aku bertekad akan mencari siapa yang menjadi dalang mensabotaj hari indahku. Aku terfikir kemungkinan-kemungkinan yang ada. Mungkin pemadam jatuh dari kapal dan terkena aku, tapi mana ada kapal lalu dekat sini. Kalau Kaspal budak India tu selalulah lalu. Kotak mindaku buntu. Aku merehatkan diri diatas katil sambil membelek-belek pemadam yang baru kutemui. Anak sapalah yang ikut perangai syaitan membazir tak tentu hala ni. Tapi bgus juga kerana aku tidak memiliki pemadam. Maklumlah, pelupa kononnya. Aku membelek pemadam itu dengan penuh tanda tanya. Kemudian beru aku tersedar. Ada sesuatu yang tertulis diatas pemadam tersebut. “AF” aku berasa semakin pelik. Tidak mungkin Fakhran yang membaling pemadam ini kepadaku. Sungguh tidak logik kerana dia kini berada di rumahnya. “ Fiqah, minta tolong boleh?” Ain bertanya. Aku sekadar mengangguk tanpa reaksi. “Temankan aku laaa petang ni pergi hotel. Nak jumpa seseorang” sambungnya lagi. Aku terkejut. “Orang yang baling aku pakai pemadam?” aku bertanya penuh harapan dan pelik seperti atlet sukan olimpik menunggu medal. Tiada benda lain yang bermain difikiranku selain PEMADAM. “ Waiiii mak cikk, yang kau mengarut ni apa pasal. Lupa solat zuhur??” kata ain sambil melambai-lambaikan tgnnya dihadapan mukaku. Aku terkedu. Misteri sungguh temanku ini. Aku hanya tersenyum dan diam membisu seperti patung McDonald. “Adoiii, otak berkarat ka niee. Cepatlah bersiap. Aku tunggu ni. Kita nak jumpa bapa akulah. ” Ain sudah tidak lalu melayani kerenahku. “Ohhh bapa, buat suspender aku ja” kataku di dalam hati. Aku mencapai baju hijau milikku dan menyarungkannya. Segera aku memakai tudung. Wahh, ala-ala pencinta alam aku hari ni. Malam ini Fakhran mengajakku keluar. Katanya ada suprise untukku. Pelik juga, Hari jadiku belum sampai lagi. Apalaa Abg Steroid ni nak buat surprise pulak ni. Entah-entah mak bapak dia nak jumpa aku. Relaks ja. Tanganku sejuk dan aku menggigil. Parking son la katakan. Dia berjanji akan menjemputku di café penjara berantai. Aku berasa gembira yang melebih sampai hari ini hari apa pun aku terlupa. Aku mebelek-belek baju untuk kupakai bertemunya nanti. Namun semuanya agak kurang menawan pada pandanganku. “ Kau cari apa ni, buah hati hilang?” Azi teman rapatku bertanya. Pelik jugak soalan temanku ni. Sejak bila pulak aku hialng buah hati. “ Bukanlah, aku hilang akal.” Kataku selamba. Tawa kami berpadu. Dia menepuk bahuku. Rindu juga aku dengan minah galah ini. Disebabkan ketinggiannya mengalahkan aku setiap kali mengukur ketinggian sejak di bangku sekolah, aku memanggilnya galah. “ Aku tiada baju ni” aku meluahkan masalahku yang kikategorikan sebagai masalah kegawatan Negara. Kini giliran Azi pula yang pelik dengan kata-kataku. “ Yang kau pakai tu bukan baju?” Aku terdiam sambil memikirkan kata-kata temanku yang agak logik pada dasarnya. Ya tak ya juga. Aku kan pakai baju. Hadoiiiiii~ apalah kawan aku ni. “ Ni baju pergi pasar. Aku tak ada baju nak jumpa buah jantung laaa..” sedih aku dengan kawanku yang seorang ini. Azi membawa aku kebilikknya dan dia dengan murah hatinya meminjamkan aku blaus miliknya. Aku terkesima. Ada blaus rupanya minah galah ini. Sungguh tidak aku menyangka kerana selama ini dia jarang sekali mengenakan blaus. Bukan sekadar jarang namun tidak pernah sekalipun aku melihatnya memakai pakaian versi ini. Aku bersiap-siap ditemani oleh teman-temanku. Mereka juga teruja. Pelbagai nasihat diberikan oleh mereka. Ada yang menasihatkan agar aku makan dengan sopannya kerana aku selalunya kalau sudah makanan terhidang alamatnya lupa dunia. Tak kurang juga tips-tips percintaan yang diberikan oleh Dr. Love asrama iaitu Fahizzah. Eye-contact lah, topik la, senyuman la, semuanya diberikan. Macamlah baru kali pertama aku keluar bersama Fakhran. Aku menunggu di café 18sg itu dengan perasaan yang gemuruh, gentar, takut, gembira, semuanya bercampur. Ala-ala remix gitu. Janjinya ingin menjemputku jam 7.30 malam namun kini sudah jam 8.30 bayangnya tak juga kelihatan. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi mendendangkan lagu cinta kain putih yang menjadi kesukaan Fakhran. Aku sudah menyusun ayat yang sesuai untuk memarahinya. “Assalamualaikum, kenapa tak jemput lagi? Nak keluar ke tidak? Dah sejam saya tunggu tau. Ala-ala kambing meragut rumput dah dekat café ni. Dah la saya lapar ni. Kalau susah sangat saya balik ja bilik. Tak payah suprise” Aku terus menyerbu tanpa memberi peluang sedikitpun. Aku tersenyum bangga kerana aku tahu pasti Fakhran sedang panik. Kedengaran suara mendesah berat. Senyumanku mati. Hatiku merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Sepertinya ada sesuatu yang teruk telah berlaku. Tsunami ka? Aku sendiri tidak pasti kerana aku tidak menonton berita. “Wa’alaikumsalam.” Akhirnya kedengaran tuan empunya suara. Namun suara ini berbeza sekali. Suara yang miseteri dan tidak kukenali namun aku masih tidak pasti. Agak dilema.”Fakhran? Ini awak?” Suaraku bergetar. “ Kamu ni tentu bakal tunang Fakhran bukan? Saya... minta... maaf. Fakhran... tunang awak... dia dilanggar lari oleh seseorang. Saya yang membawanya ke hospital. Hospital Kuala Lumpur. Harap awak bersabar.” Saat itu jantungku terasa terhenti. Luluh segala harapan. Roboh kekuatanku yang selama ini teguh. Janjiku untuk tidak menangis lagi kini telah ternoda. Air mata jernih itu jatuh sekali lagi. Namun air mata itu kuseka pantas. Tidak mahu ada yang mata yang memerhatikan aku. Aku yang sejak tadi berdiri terduduk di kerusi café tersebut. Azi dan teman-temanku yang ingin membeli makanan itu terlihat aku masih disitu. Aku kaku. Mereka datang kearahku dan menyerbu aku. “ Wahh, cik abg steroid manaa? Bolehla kami minta belanja sekali kalau macam ni” Kata Munirah yang sememangnya kaki melahap. Dr. Love dan Azi ingin berlalu memesan makanan. Namun langkah mereka terhenti. “Fakhran kemalangan” kataku lemah. Badanku terasa berat. Mereka seolah-olah tidak mempercayaiku. Aku meminta Ain menghantarku ke hospital. Aku cuba meyakinkan diriku bahawa Mungkinkah Fakhran masih hidup.? Mungkin ini suprisenya. Aku tersenyum di dalam hati. Sepanjang perjalanan sepi menemaniku. Tiada kicauan burung. Memang patutlah, dah namanya highway bukannya taman burung. Aku melangkah kearah meja pertanyaan. Sekejap sahaja jururawat tersebut memberitahu arah pesakit yang bernama Fakhran. Aku masih lagi tidak mahu mempercayai ungkapan lelaki tadi. Mungkin dia ingin menipuku. Kakiku yang selama ini teguh berdiri menjadi rapuh sekelip mata. Terlihatkan sekujur tubuh yang calar dibasahi darah-darah merah yang mengering. Aku takut untuk menghadapi kenyataan ini. Ain yang menemaniku menyuruh aku bersabar. Aku mendekati katil tersebut. Disisi katil itu kelihatan seorang ibu tua yang sedang merintih sayu. ‘Mungkin ini ibu Fakhran’ kata hati kecilku. “Mak Cik.!” Hanya itu yang terluah dari bibirku. Puan Hamimah mengangkat muka memandangku. Matanya merah dibasahi air mata. “Mak cik, kenapa dengan Fakhran” aku memberanikan diri. Wajah tua itu menyepi. Mungkin masih meratapi pemergian anak kesayangannya. Dia kesayangan aku juga. Hatiku memberontak. Tubuh kaku dihadapanku kuhayati. “ Mak cik nak keluar sekejap, nak telefon saudara dikampung. Nak buat persediaan.” Puan Hamimah meminta diri. Dihujung ucapannya ada setitis air mata yang mengalir dan segaris senyuman yang bagiku begitu pahit. Disekanya air mata itu dengan pantas. Mungkin tidak mahu aku turut dihanyutkan gelora kesedihannya. Mungkin dia ingin menutupi kesedihan yang menghuni hatinya. Aku berdiam diri. Hanya mengangguk. Aku duduk disamping Fakhran. Wajah itu kuratapi. Dia seakan-akan sedang tidur. Dengan tidak semena-mena tgnku menggoyangkan tubuhnya. Beberapa kali aku menggoncang kemudian air mata yang sekian lama kering kembali membasahi aku. “ Tadi cakap tunggu jam 7.30. 1 jam tunggu tak sampai-sampai. Penat saya dress up. Pinjam baju Azi tau.” Mulutku tanpa sengaja berbicara. Kepada siapa aku sendiri tidak mahu mengungkapnya. “ dah tuu saya laparrrr. Tak makan. Tak kira, saya nak ikut awakkk juga” Aku memandang sayu wajah kesayangaku. Sudah lelah sendiri aku tertunduk. Seharusnya aku merelakan. Disisi katil aku berteleku. Airmata menemani aku. Semua persoalan datang menerpa. Bagaiama hidupku selepas ini? Siapa yang ingin menghiburku? Akankah ada yang menggantikan Fakhran. Aku buntu. Takut untuk menerima hakikat yang baru sahaja aku terima. Ini bukan kehendakku. Bukan ini yang aku mahu. Alangkah baiknya jika aku menolak pelawaannya malam ini, tentu dia masih hidup. Pelbagai pernyataan yang aku timbulkan untuk menyedapkan hatiku namun semuanya sia-sia. Akhirnya aku kembali menyalahkan diriku sendiri. Mengapa ini terjadi saat aku masih mendambakan secebis kegembiraan untuk bersamanya. Hanya secebis tidak lebih dan kurang juga tidak mengapa. Kepalaku berat memikirkannya. “Muka lawa tapi air mata macam Tsunami!” Suara itu.! Ayat itu.! Gambar Fakhran yang sejak tadi kutenung kusisipkan di dalam bukuku. Hatiku berbunga riang. Aku berpaling. Dengan penuh harapan aku melihat jejaka dihadapanku dengan penuh harapan dia adalah Fakhran. Dia yang kudambakan. Tetapi, dia bukan Fakhran. Jauh sekali dengan Fakhran. Lelaki misteri ini tidak kukenali dan dia bukan Fakhran. Tiada persamaan langsung dengan Fakhran. Aku menafikan semuanya. Fakhran telah pergi. Tak mungkin dihadapanku adalah dia. Kemarahanku kini membuak. Perasaan benci menebal apabila kakiku kini berpijak dibumi yang nyata. Kata-kata kususun untuk memarahinya. “Ni apa kes, tak tahu nak jagaaaaa hati orang. Ini tempat aku. Ini ruang aku. Kau bukan siapa-siapa dalam hidup aku. Kau bukan dia.” kata-kata itu aku lontarkan dengan perasaan yang bercampur aduk. Aku marah kerana dia mirip Fakhran. Aku memarahinya kerana aku menafikan persamaannya dengan seorang yang kucintai. Fakhran. Setelah kata mengatur bicara aku berlari sejauh yang mungkin bersama tangisanku. Airmata kelemahanku. Sungguh, aku tidak kuat untuk kali ini. Semakin aku ingin melupakannya semakin dekat dia menghampiri aku. Beribu benda di sekelilingku seperti ingin mengejek aku kerana ketiadaanya. Mereka seperti ingin mengingatkanku kembali kepadanya. Arghh, aku buntu! Setelah habis kuliah aku terus ke perpustakaan. Aku kini bukan lagi aku yang dahulu. Bukan lagi seorang yang mahu berkongsi cerita. Bukan juga seorang yang suka berkata-kata seperti aku sebelumnya. Periang mungkin sudah tidak sesuai untuk menggambarkan aku. “ Fiqa, tunggu. Tunggu aku.” Kata Ain tergesa-gesa. Nafasnya turun naik. Mungkin kerana penat mengejarku yang bergegas terus ke perpustakaan setelah kuliah berakhir. Aku tidak mahu dihujani seribu pertanyaan dari sesiapapun. Aku tidak mahu kerana ia hanya aku menumpahkan air mataku. Langkahku kaku. “ Fiqa, ni ada orang hantar untuk kau. Aku belum baca lagi tau.” Ain menghulurkan satu sampul surat. Aku menerimanya dengan senyuman yang tawar. Setelah mengucapkan terima kasih aku memboloskan diri kedalam perpustakaan. Ain juga berlalu pergi. Aku membelek beberapa buku yang ada dihadapanku. Jasadku disini namun jiwaku sudah jauh melayang. Pastinya bukan disitu lagi. Jauh bersama orang yang amat kusayangi. Namun dia sudah pergi. Sekali lagi kenyataan itu menghambat diriku. Aku dirundung pilu. Aku membetulkan dudukku. Cuba melempiaskan rasa rinduku dan piluku pergi dari menjauhi aku. Lantas aku teringat akan sampul surat yang diberikan oleh ain kepadaku tadi. Aku mengeluarkan sampul itu dan aku terlihat di atas surat itu tertulis dua huruf yang sangat dekat denganku. “AF” Perasaanku saat itu tidak tergambar dek kata-kata. Bukan dusta bukan juga khayalan. Dunia yang berputar tehenti. Jantungku seakan-akan berhenti berdetak. Secebis nota ungu yang kucari kini kutemui. ‘Selagi nota ini ada ditangan awak, awak milik saya – AF’. Inilah notaku yang hilang dahulu. Fakhran telah memberikan notanya kepadaku. Seharusnya nota ini ada ditangannya sekarang. Sekali lagi air mataku merembes menghujani pipiku. Tanpa segan silu aku menangis. Mengapa ia muncul di saat dia sudah tiada disisi.? Mengapa begitu lambat ia hadir sehingga Fakhran tidak sempat melihatnya.? Aku kembali rasa bersalah. Namun mindaku kembali menghadapi kenyataan. Mungkinkan Fakhran ada disini? Aku berjalan-jalan di kawasan rak-rak buku sambil menggenggam nota itu. Bersama sejuta harapan Fakhran akan kutemui. Aku mencari seraut wajah itu dari rak buku ke rak buku yang lain. Daripada kawasan majalah ilmiah hingga ke kawasan majalah remaja. Dari tinggat awal hingga tingkat seterusnya. Bila yang kucari tak kutemui aku kaku. Terduduk kelesuan dan kepenatan menghadapi kenyataan. Relanya Fakhran meninggalkanku. BERSAMBUNGGGGG……… Nantikan sambungan cerpen seberapa ini..^^ sila bg komen2 la k.. InsyaALLAH akan dibalas secepatnyaa~

2 comments:

  1. fakhrannya idup ka mati sua tu? pnt angah nangis nie.. huahauhua~

    ReplyDelete

Pieka2 nda makan orgggg~ makan ayam ja~ silalah KOMEN k~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...