Kadang kita lebih kenal diri kita bila sendiri.. :)

Pages

Friday, July 2, 2010

THE LOVE OF ANGIN AND BAYU....

PART 1

     Kuatnya jodoh dua orang sahabat ini tidak dapat disangkal. Sikap mereka yang sentiasa bergembira mampu mebuatkan sesiapa sahaja menjadi gila sekiranya mempunyai tahap iman dan kesabaran yang rendah. Sejak pertama kali lagi kaki mereka menjejak ke kawasan perkarangan tadika mereka sudah mulai akrab. Mereka seperti aur dengan tebing. Sentiasa bersama-sama. Ibarat isi dengan kuku dicincang tidak akan putus. Persahabatan mereka yang terjalin membawa hingga selangkah ke menara gading.

      Keadaan di luar kampus Universiti Malaya yang teralu panas membuatkan Fana mengeluh. Sudahlah badan berpeluh, kaki pula terasa lenguh. Kedua-dua orang gadis itu masih menunggu giliran bersama bagasi mereka. Bersemangatnya mereka sehingga bagasi besarnya melebihi diri mereka berdua. Singa betina Affy sudah lama mundar mandir memandang orang ramai yang masih beratur. Kalau diikutkan hati ingin saja dia mengamuk ala-ala sawan di hadapan orang ramai. Namun apakan daya dia segan malu mati tak mahu.

" Affy. Ko tak penat?" Tanya Fana dalam kesengsaraan.

" Penat" Jawab Affy ringkas.

" Aku lapar. Ko lapar?" Tanyanya lagi sambil terduduk menyandar di dinding. Tiada siapa sangka gadis sekecilnya sangat maju dalam aksi makan-makan. Pernah sekali dia menghabiskan sedozen donut yang dibelanja oleh Affy ketika hari jadinya, dan tanpa rasa segan dia meminta lagi.

" Lapar. Sikit" Masih lagi menjawab ringkas.

" Ko mau makan?" Sekali lagi Fana bertanya.

" Mau. Aku mau makan ko" Sebentar kemudian Fana teriak kuat disusuli dengan riak muka kambing disembelih apabila terlihat reaksi singa betina itu. Affy ketawa rinag ala-ala kambing bisu setahun baru telepas meliihatkan reaksi rakannya. Tidak lama kemudian tawa mereka terletus. Hanya sebentar sahaja mereka telah menjadi tumpuan ramai. Setiap mata memandang mereka. Mungkin ramai yang menganggap, 'Belum mula kuliah dah sewel'.

      Apabila tersedar dari hakikat itu Fana berhenti tertawa. Namun Affy masih lagi tidak dapat menahan gelak. Fana menarik tangan Affy agar dia berhenti.

"Affy Felisya Binti Khairy, you are the center of attention here." Bisik Fana kepada Affy yang sudah lupa dunia.

" Thank you Fatiha Ardiana Najwa Aziz. You warned me too late. I am superstar." Affy menghamburkan ayat dengan semberono.

      Fana menarik bagasi yang sebesar Batu Caves itu dengan sepenuh hati. Ketika dia berpaling ingin mengambil jaketnya yang tertinggal bahunya terlanggar sesuatu.

      Seorang lelaki tinggi lampai yang memakai baju kemeja biru laut dan neck tie putih itu hanya berpaling tanpa kata. Tiada maaf. Tiada langsung perkataan dari mulut lelaki itu. Fana mencebik. Di dalam hatinya puas dia memaki hamun lelaki tiga sen empat suku itu.

'Muka sahaja kacak macho tapi perangai macam kucing hutan' bebelnya sendirian.
      Tidak mahu menunggu lama memikirkan lelaki itu dia berlalu mendapatkan sahabatnya Affy. Mereka mengisi borang bersama-sama dan terus diberikan kunci bilik asrama. Setelah selesai segala urusan pendaftaran mereka menuju ke satu sudut. Dengan penuh teruja mereka saling menunjukkan nombor bilik asrama mereka.Fana melompat-lompat riang apabila mengetahui mereka menghuni di bilik yang sama. Setelah puas menyelami keterujaan mereka dan malu dipandang orang mereka berlalu menuju ke asrama.


INTRODUCTION END...

No comments:

Post a Comment

Pieka2 nda makan orgggg~ makan ayam ja~ silalah KOMEN k~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...