Kadang kita lebih kenal diri kita bila sendiri.. :)

Pages

Friday, July 2, 2010

THE LOVE OF ANGIN AND BAYU....

PART 2

     Dua sahabat itu masing-masing mengeluarkan barang dari bagasi bekalan seumur hidup mereka. Masing-masing menyusun baju kedalam locker yang baru sahaja mereka temui. Sesi mengemas baju sahaja sudah megambil masa sehingga sejam, belum lagi bermula sesi mengemas katil. Seusai segala masalah mengemas mereka berdua duduk di birai katil masing-masing kepenatan. Fana tercungap-cungap. Belum pernah dia mengemas sebegini seksa.

      " Susahnya hidup di dunia yang 'FANA' ini." Affy memecah kesunyian. Fana terkesima. Terkena lagi dia. Namun dia tidak membalas. Baginya tenaganya yang sekangkang kera ini harus disimpan sebaiknya. Biarlah Affy tertawa berdekah-dekah lupa dunia.

      Affy menuju ke meja belajar mereka dan membelek-belek fail Fana. Pada mulanya dia sengaja ingin melihat kebarangkalian ada gambar atau perkara lucu yang mungkin boleh dijadikan bahan tawa di dalam fail Fana. Sama seperti ketika mereka berada di Tingkatan 3. Ketika itu Affy membelek fail peribadi pelajar dan terjumpa fail Fana. Ketawanya terletus apabila memandang gambar Fana yang tak ubah seperti Abu Bakar Ela.

      Fana merenung Affy dengan pandangan yang tajam-tajam tumpul. Dia tahu Affy ingin mengenakannya lagi. Namun seketika kemudian ketika Affy membelek fail Fana dahinya berkerut seribu. Sejak bila pula Fana tukar jantina? Tanyanya di dalam hati.

      " Since when Fana jadi AFIQ DANIAL?" Kata Affy disusuli ketawa yang berdekah-dekah.

      " What?" Reaksi Fana yang terkejut menghentikan tawa Affy. 'Ini hal serius' detak hati Affy.

      Mereka membelek semua isi fail. Fana masih lagi cuba untuk mengulang kembali filem yang bermain di dalam otaknya untuk rakaman hari ini. Namun gagal dia temui pemilik fail 'AFIQ DANIAL' seperti yang disebutkan. Dia bingung sendiri. Tiba-tiba Fana meloncat.

      "Kalau dia ada fail aku, aku ada fail diaa..." Kata Fana.

      " Woi.. Kalau ko ada fail dia, mesti dia ada fail ko.." Susun perkataan pun salah. Baik ko masuk tadika balik. Belajar dengan Abu Bakar Ella.

      Tanpa berlengah pada petang itu mereka menyerahkan fail kepada fasilitator. Setelah pengumuman dibuat ketika perhimpunan siswa siswi baru seorang lelaki menuju kearah mereka. Tinggi lampai, putih, mukanya bersih dan rambut hitam pekat. Kaca matanya yang berbingkai penuh menambah ketampanan pada dirinya. Fana memandang lama namun Affy berdiri tanpa emosi.

      " Saya Afiq Danial. Ini fail Fatiha Ardiana." Tanpa memalingkan muka kepada Fana yang tercegat berdiri ditepinya, lelaki itu berlalu tanpa ucapan terima kasih. Dia mengambil failnya dan terus berlalu pergi. Dahi Fana berkerut. 'Pernahkah mereka bertemu?'

      Setelah taklimat dan sesi 'Ice Breaking' Fana meminta diri untuk terus pulang ke asrama. Kepenatannya yang tidak terhingga ditambah lagi dengan kebingungan memikirkan lelaki misteri Afiq Danial membuatkan dia terbuat sesaat sejurus kepalanya menceca bantal.

      Affy duduk di kafe sendirian. Makanan yang disediakan buat mereka pastinya tidak cukup untuk dirinya seorang. Makanan Fana pulah sememangnya tak akan cukup kerana gadis itu akan menghabiskan dahulu semuanya sebelum sempat Affy meminta. Affy berjalan menuju ke kaunter. Di hadapan kaunter itu hanya ada nasi goreng dan mee goreng yang tidak membuka seleranya. Seketika kemudian matanya tertancap kepada sebungkus nasi ayam diatas kaunter. Tanpa rasa sabar dia memegang tapau nasi ayam tersebut.

      Serentak itu ada satu tangan berada betul-betul diatas tangannya. Kasar. Jarinya runcing. Pasti bukan tangan Fana. Lagipula, tangan ini jelas sekali memakai baju kemeja dan jam Adidas di lengannya bukanlah jenis untuk wanita. Affy berpaling dan mata itu juga berpaling memandangnya. Mata mereka bertembung dan pada saat itu seperti ada satu arus elektrik yang membuatkan mata mereka untuk terus memandang. Sesaat kemudian Affy tersedar dan menarik tangannya.

      Sebelum sempat Affy mengucapkan apa-apa dia berlalu pergi. Gemuruh hatinya membuatkan kaki gadis kecil molek itu tidak dapat berdiri lama. Apabila tiba di bilik dia terlihat Fana berbaring menghadap sebuah novel. Dalam hatinya terasa hairan kerana Fana kurang rajin membaca novel melayu.

      " Fana, Fana.. Tadi aku jumpa someone. Walau bagaimanapun. Aku masih lapar. Ko tau tadi ada nasi ayam. Sikit lagi nasi ayam tu jadi milik aku. Tapi tetap. Bukan milikku. Sedih aku ni Fana. Sedih sekali. Dua kali. Tiga kali. Laparnya." Kata Affy. Seketika kemudian dia berpaling memandang Fana. Terkejut beruknya dia apabila Fana tertidur mati. Putus nafsunya ingin bercerita sensasi.

END OF PART 2
harap kalau ada yg baca blh la tinggalkan komen~

No comments:

Post a Comment

Pieka2 nda makan orgggg~ makan ayam ja~ silalah KOMEN k~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...