Kadang kita lebih kenal diri kita bila sendiri.. :)

Pages

Saturday, July 10, 2010

THE LOVE OF ANGIN AND BAYU....

PART 3

      Minggu orientasi bermula bagi dua gadis remaja dari Sabah. Fana dan Affy bangun awal untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Ketika itu mereka hanya berdua sahaja yang menghuni bilik itu. Masih ada ruang untuk dua orang lagi untuk memenuhi kuota bilik mereka. Jam loceng berbunyi, ia kembali berbunyi, dan terus berbunyi. Desing bunyi jam itu mengharukan pendengaran. Hanya manusia bertelinga badak sahaja yang tidak merasakan ketulian akibat desingan jam yang sungguh tajam itu.

‘Tittttt...titttttt...titttttt...titttttt..’ Setelah hampir setengah jam berdesing bingit, Affy terjaga.

“Fana, bangun.” Affy berbisik dalam keadaan yang masih mamai. Dia menggosok-gosok mata bulat miliknya dan memandang kearah jam yang meriuhkan paginya. Seusai solat subuh, Affy cuba untuk tidak terlelap namun dia kalah oleh nafsu tidurnya yang jelas sekali membuak-buak.

     “Fanaaaaa... da jam... da jam.. da jam 7.30 ni... lambat setengah jam da kita...” Affy masih berkata-kata tanpa sedar. Matanya masih kabur dan otaknya masih berterabur mengutip-ngutip fakta apabila melihat jam merah yang sememangnya bising itu. Apabila pandangan kian jelas, Affy membulatkan mata. Seluruh tumpuannya berfokus kearah jam merah kecil yang menghiasi birai katil Fana.

     Apabila menyedari ketelanjuran mereka memanjakan mata, Affy lantas bangun dan mencapai towel yang disidai di kerusi belajarnya. Beberapa kali dia cuba untuk membangunkan Fana yang masih terbuai dengan mimpi yang fana. Putus akalnya memikirkan cara untuk membuatkan sahabatnya itu bangkit dari tidur.

     Fana mengambil air dari botol mineralnya dan memercikkan ke muka Fana. Namun cubaannya gagal untuk kali kelima. Affy masih berusaha, dia mengambil pinggan ‘stainless steel’ yang baru dibeli oleh mereka. Affy menghempaskan dua pinggan besi itu betul-betul dihadapan muka Fana. Ada reaksi berkerut di dahi Fana. Matanya seperti ingin terbuka. Sedikit lagi dia akan membuka mata. Fana kemudian menggosok-gosok kelopak matanya. Affy tersenyum seronok, usahanya Berjaya.

     Affy menepuk-nepuk bahu Fana dan menyuruhnya pergi untuk bersiap pada saat itu juga. Affy berlalu untuk membersihkan diri. Fana yang disangkakan suda kembali ke realiti memandang Affy tanpa bicara. Akhirnya dia menarik selimut menutupi tubuhnya dan memeluk bantal peluk lembutnya. Setelah mengelap sisa-sisa kumbahan dipipinya, dia kembali melelapkan mata.

     Setelah 20 minit Affy kembali kebilik. Rasa pelik menyerbu sanubarinya apabila Fana tidak kelihatan di bilik mandi. ‘Mungkin dia mandi di tingkat bawah’ detak hati Affy apabila melihat bilik mandi Blok C4 aras 3 itu kelihatan dikerumuni orang yang ternyata terlewat menyedarkan diri sepertinya. Affy berjalan dengan hati yang senang. Melangkahnya dia kebilik, mulut Affy melopong.

     “ Fanaaaaaaaaaaaaaaaa.........” Pekik anak dara berdarah keturunan timur tengah itu. Mata Fana yang sejak tadi terlena bangun dan terus menyinar kesegaran. Dari posisi tidur yang super selesa dia kini berdiri tegak memandang Affy. Sambil tersenyum seperti kera sumbang Fana berjalan keluar dari bilik. Sejenak kemudian dia berpusing memandang sekilas kearah Affy. Kelihatan Affy memegang jam merah milik mereka berdua. Pada awalnya dia tidak menyedari angka yang tersergam merah. Setelah memandang kali kedua barulah dia sedar hakikat bahawa ‘MEREKA SUDAH LEWAT.!’

     Orientasi pada pagi itu bermula pada tepat pada jam 8 pagi. Hari yang indah itu dimulakan dengan sesi senaman pagi di dataran dan diiringi minum pagi. Beberapa orang urusetia memantau keadaan siswa siswi junior. Bagi memastikan kesemua siswa siswi sudah berkumpul, setiap blok ada penghulunya. Penghulu blok C4, Marlisa mengira anak-anak buahnya setelah mendapat arahan. Kesemuanya seharusnya berjumlah70 orang.

     Berkali-kali dia mengira anak-anak buahnya yang ternyata ramai. Terangguk-anguk kepalanya mengira sehingga otaknya hampir ‘shut down’ akibat ahlinya yang kekurangan. Dia seperti terimbas-imbas kehilangan dua ahlinya. Dimindanya masih cuba menggapai memori-memori beberapa hari lalu. Akhirnya dia teringat akan dua orang makhluk Allah yang meriuhkan hidupnya beberapa hari ini.

     Setelah melaporkan kepada urusetia dan dibebel atas kecuaiannya, Marlisa kembali kepada kumpulannya. Tidak lama kemudian terjonggol la dua manusia itu dihadapan Marlisa. Dia merenung dua tiang yang berdiri tegak dihadapannya. Baru sahaja ingin mengeluarkan hujah-hujah parlimen, seorang lelaki senior yang bertugas sebagai urusetia pada hari itu mendekati mereka.

“Ladies, kamu berdua yang lambat tu kan?” Tutur lelaki yang memakai tag nama Saeful.

“Ehhh mak ko tak tahu bagi salam, ehh salam.” Affy yang sedikit terkejut dengan sapaan dari belakang itu berpaling dan sedikit melatah.

“Assalamualaikum.” Kelembutandan kesopanan bahasanya disertai dengan senyuman itu menampakkan karisma pada diri Saeful. Affy terpana. Fana pula sememangnya ter’fana’.

     Apabila tiang dihadapan Marlisa kian kaku, dia melangkah sedikit kehadapan dan mengiyakan kata-kata Saeful. Saeful tersenyum. Dia meminta dua gadis jelita itu untuk berbaris disisi dewan. Mereka juga tidak mengetahui tujuan. Layanan Saeful yang baik membuatkan mereka tidak langsung menebak sebab mereka disuruh berbaris disisi dewan.

     Apabila senaman ingin dimulakan beberapa orang pelajar yang lewat tersebut diminta naik keatas astaka dataran tersebut. Dalam satu barisan mereka diminta untuk meragakan gaya senaman mereka tersendiri dengan syarat ia haruslah unik dan lain daripada yang lain.

     Barisan mereka agak panjang dan Fana kegusaran. Dia sungguh tidak suka dikenakan dengan cara begini. Dia sangat pantang diperlakukan sedemikian. Dia berazam akan memarahi senior yang memperlakukan dia sebegini. Fana menyemai tekad setinggi langit untuk memberontak. Giliran Fana semakin dekat. Fana pula semakin yakin. Affy disebelahnya mengerutkan dahi kerisauan. Apabila tiba gilirannya, Fana pengsan.



“Bagus kerja kau kan Fana. Sah-sah pitam tipu.” Kata Affy apabila melihat sahabatnya yang berwajah ceria setelah diusung ke dalam bilik kesihatan.

“Pitam sunat.” Balas Fana sambil tersenyum nakal. Fana berdiri dan bersedia untuk keluar. Diluar bilik kesihatan, kelihatan sekumpulan lelaki berkumpul. Mata liar Fana tertancap kepada satu wajah. Afiq Danial. Apabila rakan-rakan Afiq Danial beredar meninggalkan Afiq bersama teman sepengajiannya Fahrin, Fana cuba mendekati. Hasratnya ingin berterima kasih kerana memulangkan fail miliknya.

“Busuk la, tak mandi ka?” Kata Afiq yang tidak menyedari kewujudan seorang wanita ditepinya. Fahrin juga tidak sedar. Fana terasa didalam hatinya. Dia sayu namun dia tidak menyangka lelaki itu akan mengkritiknya sebelum sempat dia menyampaikan niat baiknya. Fana berundur beberapa langkah. Dia tahu kesuntukan waktu pada pagi tadi membuatkan dia terpaksa membuat keputusan untuk tidak mandi. Sebaliknya Fana hanya mencuci muka dan memberus gigi sahaja.

     Affy melihat kesedihan terpancar di wajah Fana. Dia juga sudah mendengar suara lelaki yang bernama Afiq Danial kepada sahabatnya. Dia juga tahu Fana tidak mandi, namun tidak seharusnya Afiq berkata begitu kepadanya.


“Afiq, Khairil tadi semacam kan. Kau ada tercium apa-apa?” Tanya Fahrin sambil menaik-naikkan kening.

“Busuk la, tak mandi ka?” Kata Afiq bergurau. Setelah puas bercerita perut Afiq berkeroncong lagu jiwa, lagu cinta, lagu tradisional, inang zapin dan sebagainya. Sebelum perut diserbu gastrik dia meminta diri untuk ke kafe.

     Ketika dia sedang berjalan dia tepandang seorang gadis yang duduk di hujung meja bertentangan dengan mejanya. Wajahnya putih dan ayu. Pipinya mulus dan rambutnya yang ikal paras bahu itu menyerikan wajahnya. ‘Seandainya dia bertudung mesti lebih ayu’ detiknya didalam hati. Afiq tersenyum sendirian.

BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment

Pieka2 nda makan orgggg~ makan ayam ja~ silalah KOMEN k~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...