Kadang kita lebih kenal diri kita bila sendiri.. :)

Pages

Tuesday, August 17, 2010

THE LOVE OF ANGIN AND BAYU.. PART 4

Part 4

" Di dalam dunia yang FANA ini, ada seorang FANA yang masih ternganga tidur dengan liur meleleh." Affy sengaja menguatkan suaranya untuk mengejutkan sahabatnya. Khuatir akan kejadian lalu kembali berlaku kepada mereka berdua. Cuma dia bertuah kerana Fana pura-pura pengsan tempoh hari. Kalau kali ini sudah tentu mereka akan kembali menjadi ulam denda para senior.

Walaupun pelbagai cara sudah dilakukan termasuk menggunakan kritikan pedas dan komen-komen tidak berlapis terhada sang Fana yang terlena, namun tiada satu pun cara yang mampu mebuatkan Fana bergerak mahupun sedikit. Dia masih belum tergaja. Affy menongkat dagu betul- betul di hadapan muka Fana. Dia menjerit-jerit seperti ada berlaku kebakaran berlaku. Affy cuba membuatkan keadaan sekecoh yang mungkin.

" Apa yang terbakar ni Affy?" Tanya Alia, penghuni bilik asrama berjiran dengan bilik mereka. Di luar kedengaran riuh siswi-siswi lain berteriakan dan bertempiaran lari apabila terdengar suara Affy. Namun semuanya berhenti apabila mendapati bahawa itu adalah satu false alarm.

" Tak adalah Alia. Ni, Affy nak kejutkan manusia bertuah ni. Tengok lah. Orang da riuh dekat luar dia masih keras." Affy mencebik bibir kerana usahanya kali ini masih tidak menjadi. Alia juga turut termangu melihat Fana yang mempunyai tahap tidur yang gaban levelnya. Alia mundar mandir di dalam bilik Affy dan Fana mencari solusi. Akhirnya mereka mencapai satu persetujuan bersama. Affy dan Alia bersalaman. Alia berlalu ke biliknya untuk mengambil sesuatu. Mungkin inilah misi mereka.

Affy menyelak selimut Fana. Fana yang masih tertidur dengan seluar tidurnya yang pendek bercorak 'bugs bunny' masih tidak bergerak. Inilah yang dikatakan arwah masih bernafas. Affy tergelak kecil. Kalau cara yang satu ini dapat dilakukan dengan jayanya, ia akan menjadi senjata utama untuk mengejutkan Fana setiap hari sehinggalah dia dapat bangun dengan sendirinya.

Sejenak kemudian Alia datang membawa sebilah gunting bersama plaster hijau. Plaster hijau ini sememangnya digunakan untuk jangka masa panjang kerana ketahanannya dan kualitinya yang sangat tinggi. Plaster dibuka dan dilekatkan dari buku lali hinggalah ke bahagian lutut Fana. Terkejutnya dua gadis itu apabila Fana tergerak. Sudah pasti rencana mereka akan gagal kali ini.

" Affy, meggi." Ulas Fana dengan suara yang dengar tak dengar. Tidak lama kemudian dia kembali lena. Sememangnya dasar ular kenyang, hanya tahu tidur sahaja.

Setelah menggunting lebihan plaster hijau itu, mereka mendekati Fana. Affy memegang hujung plaster yang terlekat di kaki Fana dan Alia pula memerhati di sisi katil. Dengan kiraan tiga dan senyuman yang semakin melebar, Affy menyentap tarik plaster yang terlekat di kaki Fana dengan selaju-laju yang mampu.

'dush'

Seraya dengan tarikan itu, Fana menjerit kuat dan kakinya menendang dengan sepenuh jiwa. Alia terjatuh dan Affy terkena kuisan tendangan d pipinya. Nasib tidak betul-betul terkena. Naya juga kalau terkena tendangan seorang pemilik tali pinggang hitam tae kwan do ini. Tentu nahas gigi-gigi rata yang dijaganya selama ini.

" Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... sakitttttt...!" Mata Fana terjegil. Alia terduduk dan tersenyum. Affy pula tersengih-sengih. Dia telah berjaya membangunkan sahabatnya tetapi dia juga telah membangunkan singa betina bersama.

Namun Affy tidak mengendahkan reaksi mata terjegil ala-ala model disampuk syaitan itu kerana dia sangat mengenali Fana. sebentar lagi dia akan pulih dan mereka akan berbaik semula. Alia tertawa melihat Fana dan Affy. Affy mencubit pipi Fana dan menyuruhnya mandi kerana sebentar lagi mereka akan turun untuk menghadapi sesi orientasi.

" Affyyyyyy... sakittt... hate you..." Kata Fana sedikit menangis. Air mata di hujung kelopak diseka. Affy hanya tersenyum dengan membalas kata-kata Fana dengan ' I love you'. Fana mencebik bibir. Dia terus mengambil tuala yang tersidai di jemuran mereka dan berlalu untuk mandi. Kali ini mereka tidak terlambat. Malah merekalah manusia paling awal tiba di dewan.

**********************************************************************************

Afiq Danial bersiap dengan pantas pada pagi itu. Sahabatnya Fahrin sudah lama menunggu. Setelah mengenakan kemeja biru bergaris hitam dan tali leher biru laut kegemarannya, dia turun bersama Fahrin untuk menuju ke dewan. Pada kali ini orientasi dilakukan secara formal. Dia juga tidak tahu apa tingkah yang akan dimainkan para senior untuk kali ini.

Ketika sedang berjalan menghampiri dewan Afiq terpandang sekilas seorang wanita cantik mengenakan baju kurung biru muda yang sedang duduk memeluk failnya. Dua sahabatnya masih berdiri. Gadis itu tidak bertudung, dan dua orang gadis lain disampingnya mengenakan hijab. Andai sahaja 'dia' seperti mereka. Afiq tersenyum sendirian.

15 minit kemudian kesemua siswa dan siswi baru diminta masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat seperti yang disediakan. Mereka diminta untuk duduk berasingan daripada pelajar yang mengambil jurusan yang sama dengan mereka. Kali ini Afiq terpisah dengan Fahrin. Dihadapan, belakang, kiri dan kanan setiap siswa dan siswi tersebut haruslah daripada pelajar jurusan lain.

Fana menggenggam erat tangan Affy kerana tidak mahu terpisah. Mereka nekad untuk duduk bersama ibarat belangkas mendaki turut bersama, ke lembah tetap bersama. Pasukan urusetia membuat rondaan di setiap baris. Setiap pelajar dikehendaki menunjukkan kad pelajar masing-masing.

Kebetulan pada barisan Fana dan Affy, pelajar senior yang bernama Saeful yang memeriksa. Setelah mendapati ada belangkas yang tidak mahu terpisah Affy dan Fana dipanggil kehadapan. Beberapa orang pelajar lain juga turut terkena. Ada diantara mereka uang tidak menyedari bahawa mereka berada di jurusan yang sama.

Setiap pelajar diminta yang dipanggil keluar diminta untuk mencabut denda di dalam kotak beracun sebanyak sekali sahaja. Mangsa pertama adalah pelajar jurusan akaun, Zaim. Dia mencabut denda yang pertama. Di atas kertas kecil berwarna biru tertera denda yang bakal dilakukannya.

' Teriak sekuat hati " saya cinta awak, tapi saya malu nak bagitahu" kepada seseorang yang menjadi pilihan para senior'

Ahmad Ikmal, salah seorang senior yang menjadi ketua sesi orientasi pada hari tersebut memilih seorang lelaki di barisan hadapan sekali. Setelah denda itu dilakukan dengan kejayaan yang cemerlang, letusan tawa seluruh siswa siswi terletus.

Setelah beberapa orang berlalu melakukan denda yang sangat memalukan kini tibalah giliran Affy. Dia berjalan mendekati kotak tersebut dengan kaku sehingga senior yang memegang kotak tersebut tertawa kelucuan. Dia mencabut secebis kertas. Setelah habis membaca denda yang terkena kepadanya, matanya membulat. Tidak mungkin dia akan melakukan ini.




ni adalah cubaan kedua buat novel pendek~ sebelum ni adaaaa~ NOTA UNGU.. yg ada 13part.. Harap yg membaca suka~ n kalau ada apa2 yg nak dtegur silalah~ post d TAGBOARD~

No comments:

Post a Comment

Pieka2 nda makan orgggg~ makan ayam ja~ silalah KOMEN k~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...