Kadang kita lebih kenal diri kita bila sendiri.. :)

Pages

Wednesday, September 1, 2010

THE LOVE OF ANGIN AND BAYU.. PART5

     “Affy. Denda apa?” Suara Fana kedengaran disebalik beberapa orang senior.
     Ahmad Ikmal  tersenyum memegang cabutan denda yang bakal dikenakan kepada ulam baru tersebut. Affy berdiri kaku dengan wajah yang terkejut beruk. Paras wajahnya seperti orang yang baru berhadapan dengan trauma berat. Fana masih melihat sahabatnya dari belakang.

     “Okey guys, dendanya. Sebut sekuat hati nama orang yang anda cinta sepenuh hati dan kenapa anda sukakan orang tersebut atau lompat katak keliling dewan.” Tawa diseluruh dewan meletus lagi. Fana membulatkan mata menahan tawa. Namun, teringatkan Affy yang akan melakukan denda tersebut dia mendiamkan diri. Fana tahu betapa Affy benci mempersoalkan tentang perasaan. Apa lagi mengenai insan dan makhluk bernama ‘LELAKI’.

     Affy berdiri di hadapan. Lagaknya seperti sudah bersedia untuk melakukan denda lompat katak seperti yang tertera. Namun apabila memandang keluasan dewan yang sememangnya akan membunuh saraf lemak kakinya yang disayangi, Affy berhenti. Dia mengambil mikrofon yang dipegang oleh Ahmad Ikmal dan berdiri dihadapan semua orang. Otaknya yang licik ligat memikirkan nama yang sesuai untuk dijadikan topik penipuan. Semakin pelik nama lelaki itu semakin bagus.

     “Saya...saya...saya cinta..” Kata Affy yang gagap sejak lima minit yang lalu.

     “Hoi, cepatlah!” Salah seorang senior berteriak dari arah belakang dewan.

     Gara-gara terkejut Affy secara spontan menyebut nama Azhif Furqan dengan alasan lelaki tersebut memiliki tangan yang menarik. Fana terkejut. Sampai hati sahabat karibnya menyembunyikan perkara penting sebegitu daripadanya. Hatinya sebal. Disebelah sana Affy sedang ditertawakan. Affy hanya tertunduk berpura-pura malu sedangkan Azhif Furqan tidak pernah wujud  dalam kamus kehidupannya.




     Sejak perstiwa di dewan Fana langsung tidak menegur Affy. Sedikitpun tidak berkata apa-apa. Affy menyangka Fana keletihan dan malas ingin berbicara namun semuanya berakhir apabila Fana meletus di dalam bilik. Fana mempersoalkan segala keterangan Affy. Mengenai Azhif Furqan dan mengenai ‘tangan’ seperti yang disebutkan.

     “Amboi nenek. Menyerang tak beli insuran.” Kata Affy sambil tertawa terbahak-bahak. Isi perutnya seperti ingin merembes keluar. Fana masih mencebik. Dia marah kerana dipermainkan sesuka hati oleh sahabatnya sendiri. Kesebalan melanda lagi. Kerana terlalu geram melihat Affy ketawa, Fana mencapai bedak diatas meja solek dan menabur-nabur bedak kearah Affy.

     Apabila melihat muka Fana yang semakin masam daripada cuka dan wajahnya yang sudah bermandikan bedak, Affy memberitahu bahawa dia hanya mencipta-cipta semua perkara itu. Pada mulanya Fana mengancam untuk merembeskan lagi bedak kearah muka Affy namun bila Affy sudah benar-benar serius Fana berhenti. Dia tidak percaya sahabatnya sebegitu licik.

 *************************

     Afiq Danial bergegas pulang ke kampungnya setelah habis kuliah pada petang itu. Ibunya menghadapi serangan asma dan kini sedang dirawat oleh kakaknya sendiri. Sepanjang perjalanan tubuh Afiq bergetar hebat. Tangannya berpeluh. Hujan lebat diluar keretanya seakan-akan memberi tanda. Namun hati tak mahu meneka, kerana takut bakal terluka nanti.

     Kereta BMW M3 Concept miliknya dipandu laju menelusuri lebuh raya ke Melaka. Hatinya berdebar. Selepas beberapa jam pemanduan Afiq tiba di rumahnya. Mak Jiha menyambutnya di pintu hadapan. Tanpa berkata apa-apa Afiq naik ke bilik ibunya. Sebelum sempat masuk kakaknya keluar dari bilik tersebut.

     “ Kak Anis, macam mana keadaan Bonda?” Anis hanya menundukkan sedikit wajahnya. Katanya keadaan bonda stabil, cuma kebelakangan ini bonda agak tertekan. Afiq mengerutkan wajah. Dia duduk di sofa sambil memegang dahinya. Dia tahu apa yang menyebabkan semua itu. Dia sangat mengerti. Namun bukannya dia tidak  sudi, dia tidak mahu membina istana pasir di tepi pantai. Bakal hancur dilambung ombak dan berderai ditiup angin.


     Afiq masuk kedalam bilik menjenguk bondanya yang tercinta. Susuk tubuh yang terbaring diatas katil itu kelihatan semakin kurus. Walaupun dalam keadaan tidur, garis-garis duka jelas kelihatan pada wajah bondanya. Mata itu seperti baru sahaja mengalirkan air mata kesedihan. Afiq duduk disamping bondanya. Rambut tua itu dielus.

     Apabila menyedari kehadiran anak teruna kesayangannya, Puan Mardiah terjaga. Inilah peninggalan suaminya, Azami.  Wajahnya mirip Azami dan lesung pipitnya sememangnya diwarisi daripada suaminya. Wajah Afiq begitu serupa dengan suaminya. Benar dia pernah menolak kehadiran Afiq ketika Azami baru sahaja pergi, namun semua itu kerana dia takut dan sebak apabila terpandang wajah Afiq. Seperti melihat suami tercinta di hadapan mata namun kemudian terpaksa menerima hakikat pemergiannya untuk berkali-kali.

     “ Afiq bila nak berumahtangga? Masa bonda dah tak lama.” Kata Puan Mardiah dengan suara yang serak. Afiq berdiri memandang bondanya. Dia tersenyum dan menyatakan dia masih belum bersedia. Puan Mardiah masih lagi menanyakan perkara yang sama. Perkara tersebut menyesakkan seluruh jiwa Afiq.

     Malam itu Anis menceritakan keadaan sebenar kepada Afiq. Bonda mereka sebenarnya bukan sahaja menghidap asma. Puan Mardiah sebenarnya turut mengalami komplikasi jantung. Apabila terdengar akan perkara tersebut Afiq terkesima. Benarkah?



1 comment:

  1. salam dik pieka..

    tumpang tanye sebab baru nak kenal pieka ni... yg byk2 makanan tu pieka meniaga kat bazar ke?? :)

    ReplyDelete

Pieka2 nda makan orgggg~ makan ayam ja~ silalah KOMEN k~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...