Kadang kita lebih kenal diri kita bila sendiri.. :)

Pages

Wednesday, March 7, 2012

CINTA PADA ISLAM

Cintaku pada Islam..
Tidaklah sebanyak mana..
Kerana aku sesat..
Dalam mencari kehidupan..
Di dunia pinjaman Tuhan..
Cinta aku pada Islam,
Tidaklah sehebat mana..
Ia tidak kuperjuangkan dengan dakwah,
Tidak  kusebarkan,
Aku hanya memandang kerana aku lemah.
Cinta aku pada Islam,
Membuat aku tertawa pada awalnya,
Dan menangis pada akhirnya..
Kerana kini aku tahu... 
besarnya dosaku Ya-Allah.
Cinta aku pada Islam,
masih layakkah aku untuk itu,
layakkah aku untuk Hidayah-Mu?
Untuk mencari sinar Jannah?
Untuk menjadi Ummah Rasulullah?
Layakkah aku Ya-Allah?

Akulah gadis itu,
yang kini berharap dapat kembali ke jalan Allah,
Setelah sekian lama menyimpang,
Baru hari ini berani berjuang..
Semoga kali ini perjuanganku di medan Allah,
Akan aku teruskan dengan berjalan kehadapan..
Tanpa menapak kembali ke diriku yang dulu.
Akulah gadis itu..
Cintaku tidak dalam pada Islam..
Suatu masa dulu..
namun aku sedang mencari cinta itu..
Dan masih mencari cinta itu..
Hingga telah kutemui cinta itu..


1 comment:

Pieka2 nda makan orgggg~ makan ayam ja~ silalah KOMEN k~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...