Kadang kita lebih kenal diri kita bila sendiri.. :)

Pages

Tuesday, May 29, 2012

Mai3.. sapa blh tlg?

Assalamualaikum..
Nampaknya cuti UiTM ni semakin bersisa.. punya cepat masa sebulan berlalu. And walaupun cuti begitu lama blog ni tetap sunyi.. maklum la tuan empunya blog ni sibuk tangkap tikus kemas rumah. :) anak mithali la katakan. Selama beberapa hari ni aku ( ampun awal2 kalau penggunaan aku ni xseswai untuk yg lebih tua..) rasa macam jiwa kacau.. bukan kacau apa la sangat sebenarnya. Cuma ada perasaan bercampur baur tu wujud..

Situasi 1
Tinggal sorg di siang hari di rumah ni mmg sunyi.. walaupun ada bpuluh kucing.. tapi dorg pun riang2kan diri sendiri jak.. bukan mo melayan 24 jam.. boring juga dorg kalau suda sbulan menatap tuan dia.. (ketika menulis kucing nakal upin bgolek2 ddpan laptop) so keadaan rumah mmg sunyi. bila ibu balik terhiburlah. tapi setakat sejam dua sebab lepas da masakkan ibu, tu ibu tidur, time sebelum tidur kebiasaannya sapukan ubat and urut tangan ibu.. Macam mana lah nanti bila da balik UiTM.. macam mana ibu mo berdepan dengan kesunyian ni.. macam mana ibu mau  mengurus kucing yg bpuluh ni.. cuci kain yg banyak.. jemur.. sedangkan ibu bkerja siang hari.. bila tidur terpandang wajah ibu.. kita membesar, cepat. Xtrasa kan? tapi kita sedar? orang yg membesarkan kita pun tiap hari semakin tua. ada garis2 halus dekat muka. sebab berkerut marah2 kita. sebab berkerut risaukan kita. sebab berkerut rindukan kita. macam mana nanti ibu? 2014 baru saya abis ni bu.. apa yg boleh saya buat???

Situasi 2
Bila org yg kta sayang, sakit. Seronoknya la kan boleh jadi doktor. walaupun bukan lah doktor bertauliah. kita boleh rawat penuh kasih syg. curahkan perhatian. bagi yang seboleh-bolehnya. tapi macam mana kalau kita xboleh pun buat apa2. kita tau org yg kita syg sakit tapi kita xboleh lah buat apa2. yg mmg tiadaaa cara berkesan langsung. yg boleh cuma untuk menenangkan. menasihatkan. time ni kita rasa xberdaya. yang selama ni capable of doing most things. saat tu la rasa tamparan dunia. macam mana ni?

at last i got the answer. To whom actually i can seek for help?
Apabila kamu bermohon, maka bermohonlah kepada Allah s.w.t. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah s.w.t. Dan, ketahuilah bahawa sekiranya sekalian makhluk saling bantu membantu kamu untuk memperolehi sesuatu yang tidak ditulis Allah s.w.t untuk kamu, pasti mereka tidak akan sanggup mengadakannya. Dan, sekiranya sekalian makhluk mahu memudaratkan kamu dengan sesuatu yang tidak ditulis Allah s.w.t buat kamu, nescaya mereka tidak sanggup berbuat demikian. Segala buku telah terlipat dan segala pena telah kering.

To whom actually i can seek for help? 

Balik UiTM.. im not ready.. to leave ibu.. to deal with everything.


im helpless. but im not hopeless.. Allah is always there but im not always there seeking forgiveness and help from Allah.. so im so ashamed to ask only when im facing hard situation. selalu bgitu pun kan kita? kalau tidak Alhamdulillah.. kalau ya? hmm.. tepuk dada tanyalah selera..

Just dont be too late to ask.. :) just a reminder for me... and for u too..

No comments:

Post a Comment

Pieka2 nda makan orgggg~ makan ayam ja~ silalah KOMEN k~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...