Kadang kita lebih kenal diri kita bila sendiri.. :)

Pages

Wednesday, October 31, 2012

Cinta Harus Ada Pengorbanan

     Duduk berteleku seketika membuatkan aku semakin menyalahkan diriku. Seharusnya aku mengelak perasaan ini. Seharusnya dari dahulu aku menegah bibit kasih yang pernah hadir dalam diri. Ia bercanggah dengan pendirianku. Ia melanggar prinsip dan setiap janji-janji yang menjadi panji kehidupanku. Benarkah Hawa ini sebegini lemah? Seketika itu terkuis satu memori kecil yang tersisip di lipatan hidup. Memori di sawah padi saat Ayah berkata aku ini anak yang kuat dan tegas sepertinya manakala ibu menambah bahawa aku lembut hati tetapi tabah mewarisi dirinya. Tapi Ayah, saat ini Hawamu tidak sekuat itu. Hawamu ini lemah dan tidak berdaya. Ibu, Hawa ini keras benar hatinya, masih terus melakukan satu kesalahan sedangkan hati orang tua jadi taruhan.

     Hawa terlalu sayang dengan Ayah dan Ibu, tetapi hati ini juga telah dicuri. Hawa juga telah serahkan hati ini kepada empunya sedangkan seharusnya Ayah memberinya dengan izin bersama akad. Tapi hatiku ini jadi tidak keruan. Tanpa Ayah ketahui, dia yang menyelamatkan anakmu. Selama bertahun di negara orang, dia menjagaku tanpa sedikitpun melukai atau mengambil kesempatan. Namun kami tidak boleh bersama kerana fitrahnya. Sakitnya aku kerana hingga saat ini aku tidak redha dengan ketentuan-Mu. Emir Ilman, orang yang terlanjur kucintai sedangkan baru sahaja aku ketahui kita seibu susuan. Tidak pernah kudengar namamu setelah sedekad hidup di dunia. Namun setelah hati sudah nekad memilih mengapa begini jawapannya. Walaupun kutahu berlainan dalam segalanya darah yang mengalir dalam tubuhku, juga mengalir dalam pembuluh darahmu. Aku melukakan Ayah dan Ibu, seandainya masih tetap berkeras menyayangimu. Maka harus kudahulukan kegembiraan mereka.


:) Tahukah anda perihal ibu susuan? Seperti yang diterangkan oleh Kambingbujang.com.. dan beberapa site lain, ia sangat berkait rapat dengan situasi yang membolehkan seseorang menjadi mahram bagi seseorang. Bukanlah perkara yang buruk ataupun negatif, cuma sekiranya tidak memahami konsep ibu susuan situasi diatas mungkin akan berlaku. Lebih baik menegah dari mengubati. Syukurnya Hawa diatas tahu batas Emir Ilman itu adalah mahramnya. Cuba bayangkan kalau keluarga itu tidak mendapat pendedahan mengenai isu ini, dan membiarkan mereka berkahwin. Rosaklah institusi kekeluargaan tersebut. Jadi peliharalah institusi keluargamu. Semoga Allah s.w.t Redha.


Just sharing bagi saya yang mentah tetapi ingin belajar. :)

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Pesan-memesan adat berteman,
Memegang janji kita bersatu.

ASSALAMUALAIKUM.
 

No comments:

Post a Comment

Pieka2 nda makan orgggg~ makan ayam ja~ silalah KOMEN k~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...