Kadang kita lebih kenal diri kita bila sendiri.. :)

Pages

Tuesday, September 24, 2013

Sayang Iyang..

Assalamualaikum..
Penantiannya sudah berakhir..
Yang dinanti, yang ditunggu..
Kata yang lahir dari zahir seorang anak..
Dinanti Si Ibu..

Dari kejauhan bumi suci Mekah..
Memohon keampunan segala dosa, 
Meminta dihalalkan makan minum..
Direlakan pergi tanpa perlu menunggunya kembali..
Redha andainya pergi saat diri masih jauh di tanah suci..

Akhirnya saat perkhabaran disampaikan,
Nafas ditarik dan dihela terakhir kalinya..
Tenang, sunyi, sepi.. tapi aman..
Seluruh sanak saudara juga telah bersedia..
Walaupun jatuh segenap ruang dengan deraian air mata..

Biarlah pergi kerana tak sanggup melihat deritamu..
Biarlah walaupun kami semua tinggal disini..
Redha kerana Allah lebih menyayangi..
Akur kerana sudahpun kau dapat yang dinanti..

Kalau dulu balik ke kampung. aku disambut oleh seseorang yang sentiasa memikirkan aku.. Makan minumku.. Sihat sakitku.. Segala hal tentang aku.. Risau seandainya tidak terhidang apa2 untukku walaupun saat itu aku masih kenyang.. Risau tidurku tidak lena kerana tiada tilam ataupun katil tempat berbaring.. Seringkali risau seandainya masakannya tidak sama selera denganku.. 

Setiap kali balik dialah yang menyambutku.. dengan gembira senyuman mengatakan dia rindukan aku.. Walaupun jarang sekali aku pulang.. Tapi tidak pernah dia terasa hati.. Faham dia aku perlu menimba ilmu disini.. Setiap malam aku dirumahnya, tidurku jarang berjauhan darinya.. Aku cucu kesayangannya, akulah yang dipuji-puji.. Akulah yang paling baik baginya.. 

Terasa benar aku kehilangannya saat aku sendiri.. air mata yang jatuh tidak henti.. Bukan tidak redha, bukan tidak akur.. Bukan juga menahannya kerana dia mmg sudah pergi.. Tapi sedih, terkenangkan kini pulangku bersambutkan rumah kosong, berbualku hanya mungkin dengan diri sendiri.. Pelawaan makan pun tidakkan ada lagi.. "Ambuyat" yang seringkali dia masakkan untukku sejak dari kecil.. Berbeza kini rasanya.. Cukuplah.. 

Semoga Allayarhamah Iyang, yang paling kusayang.. paling kurindu. paling kucinta.. tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. 


No comments:

Post a Comment

Pieka2 nda makan orgggg~ makan ayam ja~ silalah KOMEN k~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...