Kadang kita lebih kenal diri kita bila sendiri.. :)

Pages

Tuesday, July 8, 2014

Penghapus Dosa Masa Lalu

Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu durhakai.
-HR. Aththusi-

Mana ada manusia yang tidak pernah melakukan dosa. Dosa kecil mahupun dosa-dosa besar. Melawan cakap ibu/ayah. Tercakap sesuatu atau bergurau yang buat Mak Kiah (bukan nama sebenar) terasa. Langgar lari kambing bunting Pak Seman (identiti dirahsiakan). Atau memaki secara terang-terang atau dalam hati bila ada kereta masuk ke lorong anda tanpa signal. Ada yang kita lakukan dalam sedar dan kadang ada yang terjadi tanpa sedar. Setiap dosa yang kita lakukan kecil atau besar tetap akan diazab diakhirat. 

"Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari Kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya."
-HR. Bukhari & Muslim-

Tapi kita kena selalu ingat, tiada terlambat dalam taubat. Indahnya pada setiap hembus nafas kita, Allah s.w.t selalu ada. Ar-rahman, Ar-rahim, Al-Ghaffar. Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Pengampun.Tiada perkataan terlambat dalam taubat. Jangan putus asa dengan diri kita. Bila kita sedar kita buat dosa segera kembali pada Allah s.w.t., Fafirru Ilallah. Snap out of it. Biarlah jatuh bangun semula. Macam mana kalau kita terjelepok jatuh tersembam ke lantai, sakit kan. Tapi pasti bangun semula sebab kalau baring di lantai tu confirm tak kemana.

"Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosa-dosanya seolah-olah dia berada di kaki gunung, dia khuatir gunung itu akan menimpanya. Sebaliknya, orang yang durhaka melihat dosa-dosanya seperti seekor lalat yang hinggap diatas hidungnya, dia mengusir dengan tangannya, maka lalat itu terbang."
-HR. Tirmidzi-

Pernah sekali ketika di Mekah, ada sesi taklimat dengan seorang ustaz. Time tu ada taklimat pasal ibadah umrah. Katanya ada beberapa banyak amalan menghapus dosa termasuklah melakukan umrah dan haji. Ustaz tu terangkan kalau dilakukan dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh. Buat dengan yakin In Sha Allah akan menghapus semua dosa. Selain tu ustaz tu pun menekankan tentang amalan lain yang menghapuskan dosa:

  • Berzikir -  Mengingati Allah s.w.t dapat menghapuskan dosa-dosa kecil walaupun sebesar 7 lautan. Zikir dapat membersihkan hati yang hitam, memudahkan kita untuk melakukan amal soleh serta melakukan hafalan,  menerima hidayah Allah s.w.t dan ilmu pengetahuan. 
Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman : 
"Aku bersama dengan hamba-Ku selama dia mengingati-Ku dan bergerak kedua bibirnya dengan (menyebut nama)-Ku"
-Imam Al-Qurtubi / Tafsir Al-Qurtubi, Juz.2 Halaman 172-
 
  • Mengambil air wudhu' - Pengambilan wudhu' yang sempurna bukan saja menjamin solat diterima tapi dapat menghapus dosa-dosa selagi tidak melakukan perkara syirik. Cuba imagine dosa ibarat lumpur yang mengotori tubuh badan kita. Dengan air kita sungguh-sungguh bersihkan anggota-angota badan kita sampai puas hati dijamin clear tanpa kotoran. 

عَنْ عُثْمَانَ عَفَّانَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ جَرَجَتْ
خَطَايَاهُ مِنْ جَسَدِهِ حَتَّى تَخْرُجُ مِنْ تَحْتِ أَظْفَارِهِ

Dari Usman bin Affan r.a katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w : Barang siapa yang berwudhu' dengan sempurna, keluarlah dosa dari seluruh tubuhnya bahkan dari bawah kuku-kukunya."
-HR. Muslim-

"Barangsiapa yang berwudhu' seperti ini (seperti Rasulullah s.a.w), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid akan dipenuhi pahala."
-HR. Muslim-

  • Solat 5 Waktu - Ustaz tu ada cakap bagaimana kita jangan pernah putus asa, kalau selepas subuh kita ada melakukan dosa sedar atau tidak bila kita solat zuhur dosa itu sedikit-sedikit akan terhapus. Dan bila kita ada melakukan dosa selepas zuhur kita solat asar dan memohon ampun, akan menghapus dosa. Solat itu memelihara diri kita daripada melakukan dosa-dosa. Menghapus dosa-dosa kita selagi mana kita bertaubat.

الصَّلاَةُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائ

"Diantara solat 5 waktu, diantara Jumaat yang satu dengan Jumaat yang berikutnya adalah penghapus dosa diantara semua itu selama tidak dilakukan dosa besar."
-HR. Muslim

Sebagai seorang yang sudah beberapa kali cuba bangkit, betul memang susah. Sebab kebergantungan masih belum kukuh pada Allah s.w.t. . Lemah, lalai dan mudah lupa. Tiap kali jatuh mohon pada Allah ditukarkan hati yang baru. Minta sekuat-kuatnya supaya dikuatkan hati untuk terus berada dijalan yang lurus. Tiap kali jatuh, bangun semula dengan penuh rasa kehinaan sebab janji berkali-kali dimungkiri. Rasa malu. Memang. Kalau dengan bank buat perjanjian, syaratnya dilanggar kena blacklist. Bila berjanji dengan Allah s.w.t lepastu langgar perintah-Nya tapi masih merangkak balik, Allah s.w.t sentiasa menerima tanpa "diblacklist". Sebab Allah s.w.t Maha Pengampun. 

Jadi biarlah kita rasa malu pada Allah s.w.t yang sanggup bagi kita seribu nikmat dan peluang dengan menjaga janji kita pada-Nya. 


No comments:

Post a Comment

Pieka2 nda makan orgggg~ makan ayam ja~ silalah KOMEN k~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...