Kadang kita lebih kenal diri kita bila sendiri.. :)

Pages

Dia


Dia seorang budak yang diam bila orang tak kenal.. Peramah bagi yang baru mula bersua.. Bising bagi yang sudah lama berkawan.. Tapi senyap bagi yang sudah sejak kecil membesarkan dia.. 

Berlainan bagi setiap orang.. Sebab dia sendiri tak tahu dia yang mana.. Entah dia atau bukan? 
Tapi dia suka tulis apa yang dia rasa.. Apa yang dia takut untuk luahkan.. Sebab kadang menulis tu lebih mudah dari berkata-kata.. Walaupun dalam karangan itu tiada intonasi bahasa.. Tapi ada perasaan bagi orang yang betul-betul kenal dan betul-betul faham dia.. 

Yang membaca ini ada setengah akan ketawa, mempermainkan (dan itu menyakitkan).. Ada setengah akan diam, dengar dan hormat dia (atau malas mengulas).. Sebab ada setengah itu pernah lihat dia bukan begini.. Dia si "happy go lucky". Tapi mungkin setengah lagi faham, other side of people that you haven't see.. 

Jadi terpulanglah untuk jadi yang sebelah mana itu dia tidak kisah.. Yang penting ini ceritanya, diarinya.. Boleh pilih untuk tekan button x atau jika susah hanya tekan Ctrl+ W. Kalau mahu terus membaca teruskan.. Tiada perkataan memaksa dia lontarkan.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...